Monday, April 28, 2014

Tajuk 8:Pembinaan Ujian Subjektif

TAJUK 8
Pembinaan Ujian Subjektif

Sinopsis

Item subjektif ini mampu menguji kedalaman pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap sesuatu topik serta memupuk kemahiran berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Hasil Pembelajaran

1.    Menyatakan definisi item subjektif secara jelas dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
2.    Menyenaraikan kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan tugasan yang hendak diselesaikan.
3.    Memperihalkan jenis-jenis item ujian subjektif

Isi Kandungan



8.1       Definisi

Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar calon melalui respon secara tulisan.

8.2       Kata Tugas

Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan yang diberikan untuk pelajar memberi respon.  Kegagalan menggunakan kata tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru.

Bil
Kata Tugas
Respon Yang Diharapkan
1.
Apakah
Memberi maklumat yang khusus.
2.
Anggarkan
Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan jangkaan.
3.
Analisiskan
Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara.
4.
Bandingkan
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih item.
5.
Bincangkan
Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
6.
Bezakan
Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
7.
Berikan Justifikasi
Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil kira.





8.3       Jenis Item Esei

Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding dengan item objektif. Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek.


8.3.1   Item Gerakbalas Terhad

Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui skop topik yang disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini, suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar yang menghadkan penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis ini, guru bukan sekadar membina item jenis mengingatkan fakta dan kefahaman sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran menyelesaikan masalah.

8.3.1 Ciri Item Gerakbalas Terhad.
Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui skop yang disoal , ruangan jawapan tersedia, respons dalam satu frasa, beberapa ayat atau satu perenggan, kerencaman konstruk, tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi, sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran kognitif, kemungkinan banyak respons meneka, peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif .

8.3.2     Panduan membina item soalan terhad
Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk iaitu soalan dan lengkapan. Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya.

8.3.2     Item Gerak Balas Terbuka
Item jenis ini mempunyai ciri berikut ;
(i)            melahirkan idea merangka, memilih, mengorganisasi  fakta  atau isi pelajaran.
(ii)          mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau tulisan
(iii)         Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran
(iv)         Menghasilkan sesuatu idea yang asli
(v)          Membuat  pertimbangan dan  penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat
(vi)         Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah
(vii)       Masa yang panjang untuk menskor  berbanding dengan soalan objektif
(viii)      Pemeriksa yang terlatih untuk menskor
(ix)         Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif
(x)          Tulisan perlu            jelas dan boleh dibaca
(xi)         Penskoran secara subjektif
(xii)       Boleh wujudkan kesan halo

8.3.3     Panduan Membina Item jenis terbuka.

Pastikan perkara yang hendak ditaksir, peringkat mana perkara itu akan ditaksir ,
aras kesukaran yang ditetapkan dan aspek penting  dalam kurikulum diberikan perhatian .Untuk memastikan kesahan, soalan  hendaklah meliputi tajuk  yang luas dan pelbagai aras kemahiran.
Ungkapan “Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”, “Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan” menunjukkkan soalan tersebut pada aras sukar dan terbuka.
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item, peraturan permarkahan hendaklah disediakan.Tugasan dalam soalan perlu jelas, masa ditetapkan masa, pemberatan markah setiap soalan turut dicadangkan manakala untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik.





No comments:

Post a Comment