TAJUK 2
|
Bidang pentaksiran dan Bentuk pentaksiran.
|
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai bidang pentaksiran dan
bentuk pentaksiran yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
sekolah rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal
pasti bidang pentaksiran dalam
pendidikan sains.
2. Menentukan
bentuk pentaksiran dalam pengajaran
sains di sekolah-
sekolah rendah.
Kerangka
Tajuk-tajuk
Rajah 1.0
Kerangka tajuk
ISI
KANDUNGAN
2.1 Bidang
Pentaksiran
Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam pendidikan di Malaysia ialah untuk
melahirkan warga negara yang berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki nilai murni. Manakala bagi subjek
sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan ialah tentang sikap
saintifik. Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan bertujuan menyemak sejauh
mana bidang-bidang tersebut dapat
dikuasai oleh murid-murid.
2.1.1 Pengetahuan
Pengetahuan atau ilmu (Knowledge)
merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia
merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya,
ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang
memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat
yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan
kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak
bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau
mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary
code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian
yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Bagi subjek sains
pengetahuan adalah berasaskan kepada metodologi empirikal, bermakna ilmu sains
berkembang melalui penerokaan, penyiasatan dan eksperimen. Disiplin sains
menekankan kepada dapatan-dapatan atau bukti-bukti yang konkrit seterusnya
membina teori-teori dan konsep-konsep sains yang seterusnya berkembang
membentuk pengetahuan baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang dinamik.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan
satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling
mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid
jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan
mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka
memahami situasi dan maklumat baru.
Berasaskan kaedah inkuiri, sains dapat memperkembangkan kemahiran
untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan.
Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan murid memperkembangkan
sikap yang positif.
2.1.2 Kemahiran
Kemahiran proses sains perlu ditekankan kerana pertama,
nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi
daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang
dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan
harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh
mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk
idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan
oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea
masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu,
mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah
tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan
inkuiri yang digunakan oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
*
Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
1.1.3 Sikap saintifik
Sikap
saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada seseorang khususnya pelajar-pelajar
kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan sikap sesuai sebagaiamana seorang
saintis. Terdapat beberapa sikap saintifik yang perlu ada iaitu;
1.
Bersikap inkuiri
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance
5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance
5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to
accept failure).
7. Skeptikal
7. Skeptikal
2.2 Bentuk
Pentaksiran
2.2.1 Penilaian Formatif
- Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
- Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
- Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
2.2.2 Penilaian Sumatif
- Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
- Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
- Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
2.2.3 Autentik
Pentaksiran
autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai
aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar.-
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga
merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada
aktiviti yang releven.-
Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran
Performance BasedAutentik
-
Menghendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
-
Menghendaki
pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis)
-
Memberi
pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melaluipemikiran
kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
-
Merangsang
pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yangada dalam
dunia sebenar.
-
kurang
kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan,
pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen
No comments:
Post a Comment