Monday, April 28, 2014

Tajuk 12:Pentafsiran Skor Ujian


TAJUK 12
PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

SINOPSIS

Topik ini membincangkan pentafsiran skor ujian . Bahagian ini menerangkan penggredan atau peratus lulus-gagal, pelan tindakan pemulihan dan pengayaan serta cara membaiki pengajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

  • Mengenalpasti  peratus lulus-gagal.
  • Membina pelan tindakan pemulihan dan pengayaan.
  • Menentukan cara membaiki pengajaran.


Kerangka Tajuk-tajuk







                                                                                                      

Rajah 12.1  Kerangka Tajuk

Kandungan Isi


Selepas menduduki sesuatu ujian, guru akan memeriksa kertas jawapan pelajar berdasarkan contoh Peraturan Memberi Markah (PMM) yang telah ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak pentakbir sekolah, murid yang menduduki peperiksaan, ibu bapa atau pihak berkepentingan tentang pencapaian atau kemajuan seseorang murid
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali guru berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 75  yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi  makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Cuba bayangkan bagaimana seorang guru dapat melakukan tugas memberikan skor dan menggred kemajuan murid. Adakah mereka mempunyai sesuatu strategi?. Bab ini membincangkan tentang pentafsiran skor ujian dan pemberian gred.

Penskoran adalah satu proses memberi skor kepada jawapan pelajar (Mokhtar Ismail,1995). Skor adalah berbentuk numerik. Manakala penggredan pula adalah proses memberi gred ke atas jawapan pelajar atau skor pelajar. Biasanya dilaporkan dalam bentuk abjad yang terdiri daripada 5 atau 6 kategori  iaitu A - cemerlang, B - Baik, C - Sederhana, D - rendah, E - tidak menguasai dan G-gagal. Pada umumnya semua sekolah rendah dan menengah menggunakan gred seperti  ini dalam laporan kemajuan.

12.1       Peratus lulus/gagal

Pentafsiran untuk Peratus lulus – gagal agak berbeza dengan memberi gred A,B,C,D,E dan G. Sistem ini hanya memberitahu samada seseorang pelajar itu lulus atau gagal dalam ujian yang diambil. Guru boleh menetapkan peratus lulus ialah 50% ke atas manakala peratus gagal ialah 49% kebawah daripada markah penuh 100%. Kaedah ini memudahkan guru dan secara tidak langsung tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Tetapi  sistem ini kurang memberi maklumat tentang prestasi pelajar berbanding gred berabjad. Dari segi kebolehpercayaan, sistem dua kategori adalah rendah kebolehpercayanya berbanding dengan sistem lima kategori. Pada diri murid, usaha mereka mungkin hanya untuk lulus ujian sahaja, bukan untuk mendapat markah yang baik kerana penggeredan lulus-gagal telah melenyapkan sebahagian daripada motivasi dan ganjaran untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa penggredan lulus-gagal telah mengwujudkan rekod keputusan ujian yang tidak tepat dan tidak lengkap tentang pencapaian pelajar.
Dalam konteks sistem pendididkan negara kita, penentuan gred elok dilihat dari segi mata pelajaran apa yang sesuai dengan sistem gred A,B,C,D,E dan G, dan apa yang sesuai dengan sistem lulus-gagal. Contohnya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani gred lulus-gagal adalah sesuai kerana tujuan guru hanyalah untuk melihat keupayaan minimum dari segi kebolehan fizikal murid dalam melakukan pergerakan otot tertentu.

12.2    Pelan Tindakan untuk Pemulihan/Pengayaan

Pemulihan bermaksud satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi  keperluan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran.  Manakala Pengayaan pula bermaksud satu proses di mana aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.
                Berfikir (1 jam)
12.3    Cara memperbaiki pengajaran pembelajaran
     Kepentingan memberi gred adalah untuk mengetahui sejauh mana objektif pengajaran & pembelajaran telah dicapai. Gred juga digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/ujian akhir tahun. Guru dapat mentafsirkan keputusan ujian yang baik atau sebaliknya hanya dengan melihat  serakan skor –skor  selepas  ditaksirkan. Jika keputusan yang diperolehi selepas  sesuatu ujian kurang memuaskan, guru seharusnya membuat refleksi tentang pengajaran yang telah dilaksanakan samada telah memenuhi objektif pembelajaran murid.
Guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Antara peranan yang boleh digunakan oleh guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran adalah:
      mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
      menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan
      menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
      menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
      menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan
      mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
Strategi pemulihan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
Rajah di bawah adalah langkah-langkah pengelolaan sesi pemulihan
Rajah 12.2     Proses Pengelolaan Sesi Pemulihan






Konsep pengayaan
Ø  sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
Ø  memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
Ø  selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu
Objektif-objektif pengayaan
  1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu.
  2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka.
  3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
  4. Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
  5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
  6. Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
  7. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada:
1.    bacaan (membaca)
2.    tulisan (menulis)
3.    kiraan (mengira)
Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca)
Ø  Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan.
Ø  Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.
Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.
Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis)
Ø  Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.
Ø  Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.
Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira)
1.    Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan   
                                      bilangan benda, aktiviti juaI beli.                               
2.  Teka-teki      - Meneka nombor, waktu, operasi.                                  
3.   Projek          -  Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk  geometri
membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar,    graf turus dan graf melintang.
Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan
1.    Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran      
yang baru dikuasai oleh murid-murid.
2.    Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan  kebolehan  
murid-murid,tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru.
3.   Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:
1.    Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut  
kebolehan.
            2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan
                 menjalankan aktiviti pemulihan.
3.    Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
4.    Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:
i)             Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.
ii)            Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan.
iii)           Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Rajah 12.3 Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan
Rujukan
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia


No comments:

Post a Comment