TAJUK 11
|
(ANALISIS SKOR UJIAN)
|
SINOPSIS
Analisis
skor ujian merupakan sesuatu yang amat penting dan memberikan panduan kepada
guru tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan mutu item masing-masing dari
semasa ke semasa supaya aktiviti menilai pencapaian pelajar menjadi lebih
bermakna. Hal ini disebabkan mutu item yang berkualiti sahaja yang dapat
memberikan maklumat yang tepat tentang hasil pembelajaran yang diharapkan
daripada pelajar. Oleh itu, mutu item yang berkualiti membolehkan guru
menggunakan keputusan ujiannya dengan lebih yakin untuk tujuan menganggar
kebolehan pelajar, menelah pencapaian pelajar, merancang kaedah pengajaran yang
sesuai, mengenal pasti kelemahan pelajar dan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan maklumat yang tepat yang hanya dapat diperolehi
daripada item ujian yang berkualiti tinggi.
HASIL
PEMBELAJARAN
1. Membina item yang sesuai untuk mentaksir
pencapaian pelajar.
2. Mengira indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi item.
Kerangka
Tajuk-tajuk
ANALISIS
SKOR UJIAN
Jawapan Salah/
Distraktor
ANALISIS ITEM
Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan
item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa kegunaan analisis item, iaitu yang pertama menentukan sama
ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Untuk tujuan ini , item
tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang
diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan pelajar yang
dapat menguasai dengan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran,
mempunyai kekunci item (pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu
yang berfungsi.
Kegunaan
analisis item yang kedua ialah memberikan maklum balas kepada pelajar tentang
prestasi mereka bagi setiap item yang dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang
betul, “aras kesukaran” dan ‘indeks diskriminasi’ pelajar berkenaan akan
menunjukkan prestasinya bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item
tersebut sukar atau mudah berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah
item tyersebut diskriminatif berdasarkan nilai indeks diskriminasi. Pelajar
juga boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia membuat salah pada
mana-mana item.
Kegunaan
analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang
kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan
pelajar yang mendapat “betul” bagi satu item adalah penting kepada guru untuk
menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
Kegunaan
keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya , jika sesuatu
item itu berulang kali didapati sukar oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan
sama dilakukanya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi
mungkin disebabkan maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur
pelajar. Sebarang keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang lengkap
tentang pencapaian objektif sesuatu kurikulum.
Kegunaan
analisis item yang kelima adalah untuk menyemak semula item. Maklumat tentang
gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula
item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula dalam ujian yang akan
datang. oleh itu jika setiap kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian
kecil item akan disemak dan akhirnya keseluruhan kualiti ujian akan
dipertingkatkan. Adalah lebih menjimatkan masa untuk menyemak semula item yang
lama daripada membina item yang baru.
Kegunaan
terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis item, guru boleh
mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui aktiviti ini juga , guru
dapat menilai mutu item yang ditulus selepas setiap kali dilakukanj analisis
item.
INDEKS
KESUKARAN (IK)
Salah
satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini
ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item
dan dinyatakan dalam persamaan berikut:
Bilangan
calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi
p = item
x____________________________
Bilangan
calon yang menjawab item x
Nilai bagi p adalah di antara 0.00
hingga 1.00. Item yang mudah mempunyai nilai p yang besar dan sebaliknya
sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walaubagaimanapun, didapati
bahawa item terlalu mudah (apabila nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu
terlalu sukar (apabila p kurang daripada 0.15) tidak akan memberikan maklumat
psikometrik yang berguna.
IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.
Tafsiran IK
Nilai
p
|
Aras
Kesukaran
|
0.61
hingga 0.80
|
Item
mudah
|
0.36
hingga 0.60
|
Item
sederhana
|
0.20
hingga 0.35
|
Item
sukar
|
Contoh:
l Item A yang direspons betul oleh 80
daripada 100 orang murid, indeks
kesukarannya ialah 80% atau 0.8.
l Item B yang direspons betul oleh 30
daripada 100 orang murid, indeks
kesukarannya ialah 30% atau 0.3.
l Item B lebih sukar daripada
Item A
Indeks
kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab dengan
betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu
item. Lagi tinggi peratusan itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.
INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)
Jika
sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan
menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan
baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian
tersebut akan turut gagal dalam menjawab item tersebut.
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid
berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai keupayaan diskriminasi
yang baik adalah jika item tersebut dapat dijawab oleh kebanyakan murid yang
mempunyai pencapaian tinggi.
Indeks diskriminasi ialah
pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian (data selanjar) dengan skor setiap
opsyen bagi sesuatu item berkenaan.
ID
ialah satu petunjuk mengenai keupayaan suatu item mengasingkan CPT dan CPR
Tafsiran ID
JAWAPAN SALAH/ DISTRAKTOR (Indeks
Diskriminasi Pengganggu)
Indeks Kesukaran Pengganggu
No comments:
Post a Comment