TAJUK 10
|
(PENTADBIRAN UJIAN)
|
SINOPSIS
Mentadbir
ujian ialah sebahagian daripada langkah pengujian. Pentadbiran ujian
dilaksanakan pada fasa terakhir langkah pengujian. Langkah-langkah dalam
melaksanakan atau mentadbir ujian ini termasuklah dari aspek persediaan,
melaksanakan dan menyelesaikan ujian.
Dalam bab ini pembaca akan
didedahkan dengan cara ujian seharusnya ditadbir serta aspek-aspek yang perlu
diberikan perhatian oleh guru atau pengawas peperiksaan dalam melaksanakan
ujian yang telah dirancang.
HASIL
PEMBELAJARAN
1. Mentadbir, memeriksa dan menjalankan
moderasi kertas ujian seperti UPSR dan PEKA.
2. Menjelaskan proses pentadbiran ujian
dan penyemakan kertas ujian.
Kerangka
Tajuk-tajuk
PENTADBIRAN
UJIAN
PENTADBIRAN
UJIAN
Ujian
dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau
sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan dianggap bermutu tetapi gagal
dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan.
Setelah item digubal dengan sempurna
dan menepati keperluan sesuatu matlamat atau objektif penilaian, maka langkah
seterusnya adalah mentadbir ujian kepada murid. Dalam usaha menjamin keboleh percayaan
sesuatu ujian beberapa aspek perlu diikuti. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
·
Keselamatan
dan kerahsiaan ujian
·
Perlantikan
pengawas ujian
·
Persediaan
tempat ujian
·
Persediaan
kertas ujian
·
Prosedur
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENTADBIRAN
UJIAN
Langkah-langkah
pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama iaitu
peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian.
Peringkat Persediaan
Peringkat
sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas
soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon
hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon
meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk
calon menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti
jam dinding, pelan kedudukan calon, gunting, benag dan alatalat ujian yang lain
hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.
Peringkat Pelaksanaan
Bermula
dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon
telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya
telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan
diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan
hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan,
pengawas-pengawas hendaklah mengawal calon-calon dengan rapi supaya kes
kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu, pengawas juga hendaklah menyemak
identiti calon serta angka giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah memberitahu
calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua
pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti
menulis apabila ujian berakhir.
Peringkat Penyelarasan
Meliputi
kerja mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran dan kertas-kertas
bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-masing. Semua kertas
jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah
betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan
kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan
berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat
diserahkan kepada pemeriksa yang berkenaan.
Penyemakan Kertas Ujian
Selepas
ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip maka guru akan melaksanakan tugas
seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa perkara yang perlu diambil
kira dalam memeriksa skrip jawapan adalah dari aspek bentuk ujian yang
diberikan kepada pelajar dan jawapan yang disediakan oleh pelajar sama ada dalam
kertas objektif yang disediakan atau dalam bentuk esei. Bagi jawapan dalam
bentuk soalan objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara
menebuk kertas jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan
pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah
dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas jawapan OMR.
Sebaliknya soalan yang berbentuk esei
atau karangan pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak
boleh disemak oleh sesiapa saja berbanding dengan skrip objektif. Lazimnya
pemeriksaan jawapan esei pelajar
memerlukan yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.
Selain itu, objektif sesuatu ujian
berkenaan itu dilaksanakan turut menentukan kriteria pemeriksaan skrip jawapan.
Bagi ujian yang ingin mendapatkan maklumat berhubung tahap penguasaan murid
dalam sesuatu kemahiran sudah tentu memerlukan guru memeriksa dengan segera
agar dapat digunakan bagi tujuan memperbaiki pengajaran dan pemb elajaran.
Dalam proses memeriksa skrip jawpaan, guru juga mungkin berjhadapan dengan
kekangan atau prosedur tertentu yang wajar dipatuhi. Keadaan ini sedikit
sebanyak mempengaruhi pemeriksaan sesuatu kertas jawapan. Justeru, guru
perlulah mendapatkan tempat yang sesuai
bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan markah pelajar.
Dalam memberikan markah pelajar,
kekadang guru mengambil masa yang begitu lama untuk memproses. Keadaan ini
menimbulkan rasa risau dalam kalangan murid dan menimbulkan rasa tidak puas
hati dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan betapa guru dan murid
amat memberikan perhatian berhubung dengan penyemakan skrip jawapan peperiksaan
atau pemarkahan. Pelajar sememangnya mengambil berat dengan gred yang
diperolehi berbanding dengan kemahiran yang diperolehi oleh mereka. Maka tidak
kurang juga sebilangan guru mungkin mengambil langkah yang salah hasil daripada
maklumat yang diperolehi daripada ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Jika
hal ini terjadi maka ini merupakan suatu tindakan yang tidak bijak atau langkah
yang silap diambil. Apa yang harus dilakukan ialah guru perlu menggunakan
maklumat yang diperoleh bagi meningkatkan
pencapaian murid pada masa hadpan dengan memberikan kelas-kelas
pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid
AKTIVITI
LATIHAN
Pentadbiran
ujian sangat penting bagi memastikan proses peperiksaan di dalam dewan
peperiksaan berjalan dengan lancar.
a
Mengapakah pentingnya
mentadbir ujian di tempat yang sesuai dan kondusif seperti dewan dan bilik?
b
Nyatakan empat faktor yang
menyumbang kepada kelicinan pentadbiran sesuatu ujian.
c
Berikan empat cara untuk
meningkatkan ciri-ciri pentadbiran sesuatu ujian.
No comments:
Post a Comment