Monday, April 28, 2014

Tajuk 7:Pembinaan Ujian Objektif


TAJUK 7
Pembinaan Ujian Objektif

SINOPSIS

Membuat pilihan tentang jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar sebagaimana  membina item itu sendiri. Justeru itu memilih jenis ujian itu bergantung kepada objektif yang ditetapkan terlebih dahulu.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi item objektif
2. Membincangkan format soalan objektif 
3. Memperihalkan skema pemarkahan

ISI  KANDUNGAN


7.1       Definisi Item Objektif

Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat.

7.1.1   Item Lengkapkan
Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

7.1.2   Item Betul-Salah
Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu.  Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat jawapan adalah separuh (kelemahan utama).

7.1.3   Item Padanan
Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah

7.1.4   Item Pengkelasan
Item ini hampir sama dengan item padanan.  Beberapa pernyataan atau tajuk diberi  dan kemudian diberikan beberapa soalan  berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.



7.1.5   Item Objektif Jenis Anika Pilihan

Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang penting;
a.    Stimulus/rangsangan
Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan seumpamanya.
b.    Stem/ pokok soalan
Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan kebiasaannya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan
c.    Pilihan/ opsyen bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah dan jadual. Komponen ini berfungsi sebagai pilihan betul dan juga pengganggu.
Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk yang berbeza antonim , sinonim ,jawapan disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan cantuman dan kloz.

7.2       Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

7.2.1   Reka Bentuk Ujian

Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk terlebih dahulu agar tahap pengetahuan dan kefahaman murid boleh diukur secara lebih spesifik.

7.2.2   Menulis Soalan Ujian

Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka pilihan, mengisi tempat kosong, jawapan soalan pendek, soalan betul-salah dan soalan padanan namun pilihannya bergantung kepada hasil pembelajaran dan topik dalam sukatan pelajaran.

Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan item ujian;

a.    Arahan bagi setiap jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak mengelirukan.
b.    Bahasa yang digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan
c.    Menulis item soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik
d.    Penulisan dalam bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut dielakkan

7.3       Skema Pemarkahan

Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif ini amat mudah berbanding dengan penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah dicatatkan walaupun skrip jawapan diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza.
Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa kertas yang sama.                                                                                                                                                                          Grondlund,1977

No comments:

Post a Comment