Monday, April 28, 2014

Tajuk 14:Bentuk Peperiksaan:Penilaian Berasaskan Sekolah

TAJUK 14
BENTUK PEPERIKSAAN:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

SINOPSIS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah .  Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).


HASIL PEMBELAJARAN

1.    Menerangkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah
2.    Menjelaskan maksud PEKA dan konsep-konsepnya
3.    Menghuraikan keperluan dan implimentasi PEKA Sains dalam penilaian berasaskan sekolah.

Kerangka Tajuk-tajuk










                                   







Kandungan Isi

                       
14.1 Pengenalan
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan  dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu Kerja Kursus (PEKA) dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

14.2 PEKA

Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Peka sains dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang melalui prosedur yang ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Peka Sains dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ditaksirkan oleh guru-guru di sekolah secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Demi menjamin kualiti pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan, pemantauan dan pengesanan dilakukan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan skor pentaksiran.

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains) merupakan pentaksiran berasaskan sekolah. PEKA Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk kemahiran proses sains, kemahiran menyelesaikan masalah secara saintifik, kemahiran manipulatif sains dan nilai murni serta sikap saintifik semasa pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen, penyiasatan atau kajian lapangan.

Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PEKA Sains merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.

14.21        Objektif  PEKA

Untuk membolehkan pelajar:

·         Menguasai kemahiran kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif  Sains
·         Memantapkan kefahaman dan pengetahuan tentang teori dan konsep sains
·         Menerapkan sikap saintifik dan nilai- nilai murni.

14.3 STRUKTUR/FORMAT

Ciri-ciri PEKA Sains
Dalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka proses pentaksiran Sains berdasarkan ciri-ciri berikut:

Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berpusatkan Pelajar
PEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

Telus dan Terbuka
PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui:
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir

Bolehlaksana dan sistematik
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut:
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran

            Kepelbagaian instrumen
            Instrumen yang digunakan:
·         Laporan dan kerja amali
·         Kerja lapangan
·         Aktiviti-aktiiti dalam kelas (simulasi dan mainan peranan)
·         Folio
·         Projek
·         Buku skrap
·         Senarai semak
·         Model
·         Penilaian formatif dan berterusan
·         Pelajar digalakkan menguasai ilmu dan mendapatkan pengalam sepanjang masa
·         Pelajar diberi peluang meningkatkan prestasi kerja dan skor yang diperoleh.
·         Produk pelajar disimpan untuk tujuan koordinasi.


Kaedah Penilaian: Berterusan dan penilaian formatif
Penilaian dilaksanakan untuk Tahun 3 hingga Tahun 6. Melalui jangkamasa penilaian ini pelajar digalakkan menguasai pengetahuan dan pengalaman untuk memberi peluang mereka memperbaiki kerja amali dan skor yang diperoleh.

Instrumen
Instrumen ialah kaedah/mekanisme yang digunakan untuk mendapatkan evidens tentang tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir.

Instrumen yang digunakan ialah laporan amali dan senarai semak
3.1 Laporan Amali
Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan daripada buku teks/ buku amali sains / sumber-sumber lain .

3.2 Senarai Semak
Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi suatu set pernyataan yang dirangka dan disediakan secara terancang untuk menyemak konstruk II (Menjalankaneksperimen) dan konstruk V (Sikap saintifik dan Nilai Murni)

            Dokumen dokumen yang diperlukan
·         Manual Pengurusan Pentaksiran Sains UPSR
1.    PEKA : Panduan Penilaian
2.    PEKA : Buku Laporan



Layari internet untuk mendapatkan Panduan Penilaian PEKA Sains. Sila baca dan fahami kaedah penilaian PEKA Sains dan bincangkan dengan rakan.
 
 


14.4    KONSEP
KONSTRUK YANG DITAKSIR
Terdapat lima konstruk yang ditaksir iaitu:
Konstruk I :                Merancang eksperimen
Konstruk II :               Menjalankan eksperimen
Konstruk III :    Mengumpul dan merekod data/ pemerhatian
Konstruk IV :           Mentafsir data dan membuat kesimpulan / rumusan
Konstruk V :    Sikap saintifik dan nilai murni

Konstruk I : Merancang eksperimen
Konstruk ini menguji kebolehan calon mempamerkan perancangan menyeluruh yang mengandungi perkara berikut dengan tepat :
1.     Tujuan penyiasatan
2.   Hipotesis
3.       Semua pembolehubah yang terlibat
4.    Bahan dan radas
5.         Kaedah atau teknik

Konstruk II : Menjalankan eksperimen
Konstruk ini menguji kebolehan calon menjalankan eksperimen berdasarkan perancanganserta penggunaan dan pengendalian bahan/ radas:
1.Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/ radas dengan cermat dan betul.
2.Kebolehan membersihkan bahan/ radas dengan cara yang betul.
3.Kebolehan menyimpan bahan/ radas dengan betul dan selamat.
4.Kebolehan melakar/ melukis spesimen/ peralatan sains dengan susunan yang  kebolehan calon mengumpul dan merekod data dipamerkan melalui perkara berikut :
1. Boleh membina jadual dengan pembolehubah dimanipulasi dan pemboleh ubahbergerak balas yang betul.
2. Boleh melengkapkan data pembolehubah dimanipulasikan dalam jadual dengan betul.
3. Boleh mencatatkan data/ pemerhatian pembolehubah bergerak balas yang diperolehi daripada eksperimen dengan betul

Konstruk IV : Mentafsir data dan membuat kesimpulan / Rumusan
Konstruk ini menguji kebolehan calon mentafsir dan membuat kesimpulan/ rumusandipamerkan melalui perkara berikut :
1. Boleh mentafsir data atau menulis perbincangan atau melukis graf dengan kaedahyang betul:
Tajuk graf
Paksi berlabel dan berunit
Skala seragam
•Bentuk graf sesuai dengan eksperimen
2. Boleh menyatakan hipotesis diterima atau ditolak.
3. Boleh membuat kesimpulan / rumusan

Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murni
Konstruk ini menguji kebolehan calon penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui :
1. Minat dan sifat ingin tahu
2. Sistematik
3. Bekerjasama
4. Bertanggung jawab







Tanggungjawab Sekolah

Sebelum Pentaksiran
·         Menerima surat pekeliling PEKA daripada JPN
·         Menerima dokumen PEKA daripada JPN
·         Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PEKA
·         Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
·         Menghantar senarai JK PEKA dan pentaksir
·         memperbanyakkan dokumen PEKA untuk kegunaan pentaksir
·         menyediakan jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan kepada JPN dan KP kawasan
·         Memberi taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar
·         Memastikan setiap murid memiliki fail PEKA

Semasa Pentaksiran
·         Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
·         Penyelarasan skor dilakukan oleh KP Sekolah
·         Pemantau dalaman membuat pemantauan
·         Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu
·         Pentaksir menyimpan evidens pentaksiran dalam fail individu
·         Pentaksir memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
·         Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk







Selepas Pentaksiran
·         Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah
·         Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar ke JPN melalui KPKawasan
·         SU Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
·         SU Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan oleh Pengetua
·         Mengeluarkan sijil PEKA kepada calon
                               
14.5     IMPLIMENTASI
Kerangka Pelaksanaan

TAHUN
PERKARA
CADANGAN TARIKH

3,4,5
Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor
Februari-Oktober
November
6
Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor dan penilaian  akhir individu
Melengkapkan skor
Masukkan skor
Februari – 31 Julai
1 Ogos
2 Ogos
3-5 Ogos

menghantar disket dan skor ke PPD
menghantar disket dan skor ke JPN
7-8 Ogos
9-10 Ogos


           

Pernyataan Keputusan

KOD PENCAPAIAN
TAHAP PENCAPAIAN
1
Boleh menggunakan kemahiran dengan cemerlang serta mengamalkan sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah
2
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dalam melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah
3
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dengan bimbingan guru serta mengamalkan sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan untk menyelesaikan masaalah.
4
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dengan bantuan guru dalam melakukan penyiasatan


Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini bolehdiperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa

Pemantauan berterusan
Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA Sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

      Penubuhan Jawatankuasa  dan Pelan Tindakan
      JK Pengurusan dan Pengendalian PEKA Sains (peringkat sekolah)


Tutorial
 
 




TUTORIAL
 
                                         


Sila dapatkan satu contoh Carta Organisasi Pelaksana dari sekolah anda dan buat kajian mendalam tentang JK tersebut. Sila siapkan Carta Organisasi tersebut dan laporan bertulis anda dalam 50 patah perkataan.







MEMIKIR
 


 







Sila luangkan masa anda untuk melihat rekod penilaian PEKA Sains sekolah anda. Sila sediakan laporan pemeriksaan dan pelaksanaan PEKA sekolah anda dalam 100 patah perkataan.







RUJUKAN
 

 





           

Naylor, S., Keogh, B. and Goldsworthy, A. (2004). Active assessment. L    London:David Fulton Publishers Ltd.

Doran, R.,Chan, F. and Tamir, P. (1998) Science educator’s guide  to assessment. Virginia: National Science Teachers Association.











No comments:

Post a Comment