TAJUK 3
|
Alat pentaksiran
|
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran
yang digunakan untuk tujuan penilaian
dan pentaksiran sains sekolah rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan
dalam pengajaran
sains di
sekolah-sekolah rendah.
2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan
sesuai dengan
tujuan dan
aktiviti pentaksiran.
Kerangka
Tajuk-tajuk
Rajah 1.0
Kerangka tajuk
ISI
KANDUNGAN
3.0 Alat-alat
Pentaksiran
3.1 Portfolio
Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi
bukti-bukti yang disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan,
kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan
strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi ruang
kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti
pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah
dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran
mereka sendiri.
3.2 Sampel
kerja pelajar
Hasil kerja
pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar
yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;
a.
Jurnal
Jurnal
pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan
dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran
membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk
berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia
adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan
personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.
b.
Buku
Nota
Bahan-bahan
pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh
pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian
boleh dilakukan dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan
maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun,
menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik
c.
Laporan
amali
Laporan amali
adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali
atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari
tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi
sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.
d.
Peta
Konsep
Otak
manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon
dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat
dengan cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting.
Dalam menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika
informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti
penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara
dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka
menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan
dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara
serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam
peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek
secara global dan memungkinkan keluwesan
pemikiran .
e.
Projek
Kaedah projek
yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan
tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri. Pelajar
merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna.
3. Aktiviti
bilik darjah
Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti
pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat
pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru
perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis
tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang
mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur
subjektif ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul
sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif
dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam
menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu
dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara
tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat
inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik
pemerhati perlu menyediakan
borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan
kemahiran itu timbul.
4. Ujian
kertas pensel.
Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat
popular untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian
boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar
digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat
dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan
item ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu
berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan
keboleh percayaan.
No comments:
Post a Comment